Thursday 26 May 2011

Sarang Suci.

Hari ini genap umur Maryam setahun. 

Ketika mummynya melahirkan dia, aku dengar tangisan anakku dari kejauhan. Aku gagal hadir disisi mummynya, namun wanita hebat itu tetap melahirkan Maryam dengan waja. Tangisan pertama Maryam kudengari, sebaik dia menelefonku walaupun doktor sedang menjahitnya.

Seminggu kemudian kami bersatu. Aku mendarat di Dublin pada pukul 8 pagi. Cuaca agak sejuk walaupun musinya summer. Seperti biasa di Ireland, anginnya 'windy'.

Sampai di rumah sewa isteriku, aku membunyikan loceng. Isteriku menyambutku, diciumnya tanganku. Aku mencium pipinya. Kuserahkan serangkai bungai lili yang kubeli dari Dublin. Dia peminat lili, terutama lili putih.


Aku mencari dimana Maryam. Aku sangat kepingin mendukung makhluk yang membawa DNA ku itu. Seseorang yang telah lama aku dambakan, untuknya suatu hari nanti memanggilku "Engku'. 


Dia sedang tidur. Terbungkus elok dengan blanket kuning - sebenarnya kepunyaan Hospital Galway. Isteriku dengan sengaja menyeludup keluar sebagai souvenir. 

Ku angkat dia. Ringan. Kata isteriku beratnya semasa dilahirkan 3.066kg. Ku dakap dan kucium. Inilah darah dagingku. Ikatan kebapaan dan keanakan terasa menebal dalam kamar rumah sewa Tony itu.

Pagi semalam, pada 26hb Mei 2011, Maryam sudah berusia setahun. Berbagai peristiwa kami lalui bertiga selama ini. Ada pahit. Ada maung. Ada manis. Ada indah. Ada kelat. Semuanya terbungkus dalam institusi bernama 'keluarga'.

A nest for three of us.

Maryam sudah makin lasak. Dia sudah mula bangun jatuh dalam berjalan.

Mula-mula menjadi bapa, aku mendapat kejutan apabila sekali sekala terpaksa membersihkan najis Maryam. Maryam sangat rapat dengan mummynya. Mereka tidak pernah berpisah sejak dia dilahirkan hingga mummynya membuat houseman di Selayang.

Kemudian Maryam sangat rapat denganku. Ketidakhadiran mummynya memaksa aku melakukan kerja 'mummy'. Membersihkan najisnya dan memandikannya menjadi acara kegemaranku. Ia mengeratkan kami berdua.

Kami - aku, isteriku dan Maryam - membina sarang untuk kami bertiga.

No comments:

Post a Comment