Friday 24 June 2011

Kanak-kanak masa kini.

Pagi tadi aku sarapan disebuah kedai mamak dekat dengan rumahku di Bukit Indah. Aku update blog Sri Tri Buanaku di situ. Aku sekarang menulis menggunakan Blackberry Playbook, jadi agak janggal menulis keseluruhan blog menggunakan touch screen. Banyak pula salah ejaan dalam blog utamaku itu. Malu aku sebab beberapa posting sebelum ini aku mengutuk MSO yang selalu salah mengeja. Sekarang kena atas batang hidungku.

Sedang aku menulis, menjelang solat Jumaat ku lihat sekumpulana murid sekolah sekitar tingkatan 2 sedang makan di kedai yang sama. Bukan pertama kali aku melihat suasana ini. Kadang-kadang waktu petang mungkin balik dari sekolah.

Mereka membesar sesama sendiri, sementara ibubapa membanting tulang mencari nafkah. Rakan-rakan sebayalah 'ibubapa' tumpang mereka. Dewasa ini unit keluarga bagaikan tidak penting lagi. Kanak-kanak membesar sendirian bersama-sama rakan-rakan mereka. Kepada siapa perlu kita salahkan?

Di kotaraya ini, kukuhnya ekonomi merupakan kemestian untuk kelangsungan hidup. Aku kasihan melihat kanak-kanak sekolah itu. Mereka hidup dizaman serba pantas dan globalisasi, tidak seperti kanak-kanak generasiku.

We take our time to grow.