Friday 24 June 2011

Kanak-kanak masa kini.

Pagi tadi aku sarapan disebuah kedai mamak dekat dengan rumahku di Bukit Indah. Aku update blog Sri Tri Buanaku di situ. Aku sekarang menulis menggunakan Blackberry Playbook, jadi agak janggal menulis keseluruhan blog menggunakan touch screen. Banyak pula salah ejaan dalam blog utamaku itu. Malu aku sebab beberapa posting sebelum ini aku mengutuk MSO yang selalu salah mengeja. Sekarang kena atas batang hidungku.

Sedang aku menulis, menjelang solat Jumaat ku lihat sekumpulana murid sekolah sekitar tingkatan 2 sedang makan di kedai yang sama. Bukan pertama kali aku melihat suasana ini. Kadang-kadang waktu petang mungkin balik dari sekolah.

Mereka membesar sesama sendiri, sementara ibubapa membanting tulang mencari nafkah. Rakan-rakan sebayalah 'ibubapa' tumpang mereka. Dewasa ini unit keluarga bagaikan tidak penting lagi. Kanak-kanak membesar sendirian bersama-sama rakan-rakan mereka. Kepada siapa perlu kita salahkan?

Di kotaraya ini, kukuhnya ekonomi merupakan kemestian untuk kelangsungan hidup. Aku kasihan melihat kanak-kanak sekolah itu. Mereka hidup dizaman serba pantas dan globalisasi, tidak seperti kanak-kanak generasiku.

We take our time to grow.


Sunday 29 May 2011

Pengajaran Buat Maourinho

Kemenangan Barcelona membuatkan "Special One' perlu muhasabah diri. Tidak dapat dinafikan, Maourinho merupakan seorang manager yang mempunyai karisma dan pendekatan yang luar biasa. Rekodnya juga sangat unik, boleh memenangi Champion League dengan dua kelab yang berbeza - satu antaranya kelab yang relatifnya kecil seperti Porto.

Musim pertama bersama Chelsea beliau telah menjadikan Chelsea sebagai Champion Liga Inggeris selepas era Abramovich. Kejayaan demi kejayaan menjadikan beliau angkuh. Mustahak juga beliau tewas dan sesekali menjadi 'underachiever' untuk mengingatkan beliau bahawasanya dia hanya 'mere mortal'.

Tahniah kepada Pep Guardiola dan Barca, walaupun aku penyokong tegar Real dan Maourinho, namun tidak salah memuji musuh yang layak memenangi kejuaraan itu.

A wise man learn a lot from his enemies. So to you Special One.

Friday 27 May 2011

Pencarian

Menulis adalah cinta pertamaku. Aku suka membaca. Aku membaca kerana aku ingin tahu. Itu saja. Bukan niatku banyak membaca kerana ingin menjadi penakluk dunia, atau orang berjaya, atau menjadi kaya raya kononnya kerana ilmu yang aku perolehi hasil pembacaanku. Tidak sama sekali.

Aku hanya ingin tahu. Aku ingin tahu mengapa manusia dijadikan Allah, mengapa ada orang kaya dan orang miskin, mengapa dunia tidak selalu indah, mengapa cinta tak berbalas dan sebagainya misteri alam. Ku sangka segala akan terjawap dengan pembacaan. Rupanya, lagi banyak aku tahu, menjadikan aku lebih banyak tak tahu. Lantas aku terus mencari, dan mencari hingga aku hilang dalam pencarian.

Thursday 26 May 2011

Sarang Suci.

Hari ini genap umur Maryam setahun. 

Ketika mummynya melahirkan dia, aku dengar tangisan anakku dari kejauhan. Aku gagal hadir disisi mummynya, namun wanita hebat itu tetap melahirkan Maryam dengan waja. Tangisan pertama Maryam kudengari, sebaik dia menelefonku walaupun doktor sedang menjahitnya.

Seminggu kemudian kami bersatu. Aku mendarat di Dublin pada pukul 8 pagi. Cuaca agak sejuk walaupun musinya summer. Seperti biasa di Ireland, anginnya 'windy'.

Sampai di rumah sewa isteriku, aku membunyikan loceng. Isteriku menyambutku, diciumnya tanganku. Aku mencium pipinya. Kuserahkan serangkai bungai lili yang kubeli dari Dublin. Dia peminat lili, terutama lili putih.


Aku mencari dimana Maryam. Aku sangat kepingin mendukung makhluk yang membawa DNA ku itu. Seseorang yang telah lama aku dambakan, untuknya suatu hari nanti memanggilku "Engku'. 


Dia sedang tidur. Terbungkus elok dengan blanket kuning - sebenarnya kepunyaan Hospital Galway. Isteriku dengan sengaja menyeludup keluar sebagai souvenir. 

Ku angkat dia. Ringan. Kata isteriku beratnya semasa dilahirkan 3.066kg. Ku dakap dan kucium. Inilah darah dagingku. Ikatan kebapaan dan keanakan terasa menebal dalam kamar rumah sewa Tony itu.

Pagi semalam, pada 26hb Mei 2011, Maryam sudah berusia setahun. Berbagai peristiwa kami lalui bertiga selama ini. Ada pahit. Ada maung. Ada manis. Ada indah. Ada kelat. Semuanya terbungkus dalam institusi bernama 'keluarga'.

A nest for three of us.

Maryam sudah makin lasak. Dia sudah mula bangun jatuh dalam berjalan.

Mula-mula menjadi bapa, aku mendapat kejutan apabila sekali sekala terpaksa membersihkan najis Maryam. Maryam sangat rapat dengan mummynya. Mereka tidak pernah berpisah sejak dia dilahirkan hingga mummynya membuat houseman di Selayang.

Kemudian Maryam sangat rapat denganku. Ketidakhadiran mummynya memaksa aku melakukan kerja 'mummy'. Membersihkan najisnya dan memandikannya menjadi acara kegemaranku. Ia mengeratkan kami berdua.

Kami - aku, isteriku dan Maryam - membina sarang untuk kami bertiga.